Study In China? BFSU?

Assalamualaikum and hi semua! Jom berkenalan!🎈
  Nama Akhma. Sekarang 20 years old. Asal Pahang. Study dekat Beijing Foreign Studies University, Beijing, China. Eh? Belajar dekat China? Belajar apa? Macam mana boleh sampai ke China? Memang boleh cakap cina la ni? Haaaa. Meh nak cerita. Nak cerita panjang-panjang ni. Siapa berminat boleh teruskan baca. 
   Actually dulu after SPM mohon tamhidi dentistry dekat USIM (Universiti Sains Islam Malaysia), mohon matriks, mohon biasiswa jpa-mara ke australia(dentistry jugak sebab nak jadi doktor gigi kononnya), mohon IPG (Institut Perguruan Malaysia) apply cikgu sains dengan math. Semua yang boleh mohon semua mohon. Nanti kalau dapat baru pilih. Istikharah. Then, last-last dapatlah tawaran tamhidi dentistry dekat usim, tawaran matriks dekat johor. Yang jpa-mara tak dapat, lepas rayuan tak dapat jugak. Takpelah tak de rezeki. Kita masuklah usim. 
   Hujung bulan 6 ke awal bulan 7 entah tak berapa ingat, masuklah seorang Akhma ke usim. Berorientasi selama seminggu, lepastu pergi kelas seminggu. Minggu kedua tu hari rabu macam tu result ipg pun keluar. Ramai lah yang dapat tawaran dan keluar daripada usim terima tawaran ipg. Dan Akhma tak dapat jugak tawaran ipg. Walaupun tak berapa mengidam nak masuk ipg tapi still sedih jugak la kena reject. Hahaha. 
   Selang sehari, hari jumaat tu masa tengah kelas english, tiba-tiba abah call suruh check email kata ada dapat tawaran pergi study dekat China. Eh? Peliknya. Tak pernah mohon pergi china tiba-tiba ada tawaran. Mesti tipu ni. Memang tak simpan harapan langsung yang tawaran tu betul. Habis je kelas terus check email. Tawaran tu nama dia macam ni. "TAWARAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR KE CHINA UNTUK PEMBELAJARAN BAHASA MANDARIN DALAM KALANGAN PENUTUR JATI KE ARAH 1MALAYSIA AMBILAN TAHUN 2015".
   Haaa. Nama dia macam email-email tipu je kan? Tapi sebenarnya program ni wujud. Ni program under ipg. Program ppc 1Malaysia. Sama macam budak-budak yang gi mesir belajar bahasa arab tu lebih kurang. Dia tawarkan biasiswa penuh untuk belajar bahasa mandarin dekat Beijing Foreign Studies University (BFSU) dan some student dapat Beijing Language and Culture University (BLCU). Kena belajar dekat beijing ni selama 5 tahun dan balik nanti masuk ipg ambik dpli lepastu jadi cikgu bahasa mandarin dekat sekolah kebangsaan(sk), bukan sekolah jenis kebangsaan(sjk).
   Lepas dah check email tu terus call abah semula tanya email tu betul ke tak and betul ke takyah ada basic mandarin langsung? Abah kata dia dah call orang yang uruskan program tu and tanya semuanya. Memang semua yang pergi ni tak ada basic, tak payah belajar kat malaysia dulu, bulan 9 fly terus. Start belajar kat sana. Oooooo. Macam tuuuuuu. Okay, sekarang ni masa untuk decide nak pergi ke tak? Masa nak decide tak lama. Dia bagi beberapa hari je. Kalau terima tawaran tu emailkan kat dia salinan passport dengan borang terima tawaran tu. Say no more. Akhma already in second year degree in bfsu. 我会说汉语了!(saya dah boleh cakap cina!) Macam tu lah kisahnya macam mana boleh belajar kat Beijing ni. 
   First time sebenarnya tulis sepanjang ni pasal diri sendiri. Harap penulisan ni bukan sia-sia. Moga-moga ada yang berguna InshaAllah.  [Friday, 13 Oktober 2017 22:49pm] -na-
I am meeeeee!

Comments

  1. Hi! I am Cheng Ching Yee from Universiti Malaysia Pahang. Currently I am doing my PhD in Wuhan, China. I would like to know more about the Chinese Studies Programme at BFSU. My wechat ID: cheng_chingyee, qq email: yee1125@qq.com. I sincerely hope that we can connect and talk more about Chinese Language. Hope to hear from you.
    Best regards, Cheng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! I’m sorry for the late reply. If you have any questions about the programme, you can email me at nazliatulakhma@gmail.com . Thank you.

      Delete
  2. Assalamualaikum im Fudzla, i just emailed you about this programme. And hoping for you to reply as soon as possible. Thank you.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. saya dah boleh dh hantar email kat akak😬harap akak boleh reply tq🙏💕

    ReplyDelete
  6. Hi, saya email awak haritu, i reallllyyyyyyyy hope u will reply me asap thank you in advance ☺️☺️

    ReplyDelete
  7. macm mana akak boleh tetiba dapat tawaran ni?? ipg memng pilih random ke untk tawaran ni?

    ReplyDelete
  8. 你好。你的京味很浓吗?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, saya pelajar Matrikulasi. Akan tamat pengajian pada bulan April hdpn, mcmn caranya memohon untuk program ni?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts